PETA LOKASI
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya terletak di Precint 5, Putrajaya.

Gunakan aplikasi "Google Maps" untuk mendapatkan panduan arah daripada lokasi asal anda di seluruh Malaysia menuju ke pusat konvensyen ini.
Cara-caranya:
- Klik pada logo di atas.
- Isikan lokasi anda secara SPESIFIK pada ruangan A. (contoh: Seksyen 11, Shah Alam, Selangor)
- Klik "Get Direction". Anda akan dapat melihat penunjuk arah berwarna biru. (Jika lokasi anda tidak dapat dikenalpasti, sila klik pada cadangan lokasi yang ada.)
- Anda boleh memilih mana-mana jalan/lebuhraya yang dicadangkan.
- Catatkan panduan perjalanan yang tertulis pada sebelah kiri peta.
PANDUAN PENGANGKUTAN
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Terdapat beberapa pilihan pengangkutan untuk ke lokasi konvensyen ini. Sila pastikan anda sampai ke PICC sebelum program bermula. Sesi pendaftaran dibuka antara jam 7.30 am - 8.30 am. Majlis perasmian akan bermula jam 8.30 am.

Kenderaan Sendiri
Pemanduan ke PICC mengambil masa 25 minit dari selatan bandaraya Kuala Lumpur dan 25 minit dari utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anda boleh menggunakan MAJU Expressway (MEX), Lebuhraya PLUS, Lebuhraya ELITE atau Lebuhraya LDP. Perjalanan ke PICC amat mudah kerana terdapat banyak papan tanda ke PICC di sekitar Putrajaya.

Tren
Perkhidmatan KLIA Transit ke Putrajaya boleh didapati di beberapa stesen bermula jam 5.30 am. Daripada Bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menaiki tren ini di stesen KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan. Daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda boleh menaikinya di stesen KLIA atau Salak Tinggi.
KLIA Transit bersambung dengan stesen KTM Komuter dan Star LRT di BANDAR TASIK SELATAN. Ia juga bersambung dengan stesen keretapi KTM Antarabandar, Putra LRT dan KL Monorail di KL SENTRAL.
Perjalanan ke Putrajaya mengambil masa 13 minit daripada KLIA dan 17 minit daripada KL Sentral. Perkhidmatan ini disediakan setiap 30 minit. Tambang KLIA Transit ke Putrajaya Sentral ialah RM 9.50 dari KL Sentral, RM5.30 dari Bandar Tasik Selatan, RM 6.20 dari KLIA dan RM 3.00 dari Salak Tinggi.
Tren ini akan berhenti di stesen Putrajaya & Cyberjaya yang terletak di PUTRAJAYA SENTRAL. Setelah sampai di stesen ini. Anda boleh memilih untuk menaiki bas atau teksi seperti yang dinyatakan di bawah.
Nota: Pastikan anda menaiki KLIA Transit, bukannya KLIA Ekspress.

Bas
Terdapat 2 syarikat bas yang beroperasi di bandar Putrajaya iaitu Rapid KL dan NadiPutra. Bas-bas ini boleh dinaiki di PUTRAJAYA SENTRAL bermula 6.30 am. Tambang ke bus stop di kawasan yang berhampiran PICC adalah RM 1.00 untuk Rapid KL dan RM 0.50 untuk NadiPutra.

Teksi
Perkhidmatan teksi ke Putrajaya terdapat di KL SENTRAL. Sila dapatkan kupon di kaunter perkhidmatan sebelum menaiki teksi. Tambang teksi daripada KL Sentral tersebut ke pusat konvensyen ini adalah RM 35 untuk perjalanan sehala.
Perkhidmatan teksi berkupon juga terdapat di PUTRAJAYA SENTRAL. Tambang teksi daripada stesen tersebut ke PICC adalah RM 15 untuk perjalanan sehala.
ks
