Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat tentang pakej penajaan. Klik di sini untuk menghubungi kami.
Terima kasih kepada para penaja Malaysia Internet Summit. Berikut adalah ringkasan eksekutif mengenai penaja konvensyen ini:
Platinum Sponsor
Gold Sponsor
Silver Sponsor
Media Partner
Official Portal
Alhamdulillah, setelah 3 tahun beroperasi, kini iluvislam.com bukan sahaja sebuah website islamik no 1 di Malaysia, malah ia merupakan sebuah organisasi anak muda yang tersusun dan dihormati masyarakat. Selain mempunyai ahli berdaftar seramai lebih 83 000 orang, iluvislam.com telah mempunyai lebih 50 000 peminat di facebook hanya selepas beberapa bulan kami menyertai rangkaian sosial tersebut. Berbekalkan semangat juang anak muda dalam berdakwah dan berorganisasi, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd(KKSB) yang merupakan syarikat percetakan dan penerbit buku terbesar di Malaysia, telah mengambil kami sebagai anak angkat mereka bermula 1 Mei 2009. KKSB ingin sama-sama menyokong dan menyertai usaha dakwah kami.
Kami berharap iluvislam.com akan terus menjadi web islamik pilihan rakyat Malaysia. Namun kami telah memasang impian untuk menyediakan perisian alternatif yang islamik kepada pengguna facebook, google, youtube, wordpress, blogspot dan farmville. Tuntasnya, kami akan bersama-sama berusaha sehabis baik untuk mencapai visi kami iaitu 'to be the world's leading islamic media of choice'.
Wangcyber.com adalah merupakan sebuah website "komuniti maya" yang mengkhusus kepada bidang perniagaan di internet. Ianya telah diwujudkan pada tahun 2005, dan kini, telah menjadi pusat rujukan No 1 di Malaysia, bagi orang ramai membuat rujukan dan berkongsi ilmu tentang bidang perniagaan internet. Objektif utama wangcyber.com adalah untuk mendidik masyarakat agar "celik duit internet" yang bermaksud, memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kaedah yang sebenar-benarnya bagaimana menjana pendapatan di internet, sekaligus, membantu mereka mengelakkan diri dari terperangkap ke dalam kancah penipuan di internet.
ks
